tab

PhotobucketPhotobucket PhotobucketPhotobucket Photobucket

Friday, August 2, 2013

Persediaan Ibu dan anak untuk ke hospital


Ada yang nasihatkan sy seawal 30 minggu da blh siapkan beg
 tuk ke hospital if emergency nnt x la kelam kabut kte nk bersiap.
.now i'm already 30 weeks..so da kne prepare la kn.
.ni senarai checklist yg sy google sne sni tuk jdkan panduan
 spy x la tercicir kn..

Persediaan Si Ibu Semasa Hari Bersalin (Di Hospital)

1. Beg Pakaian.
2. Dokumen-dokumen penting (letak dalam satu beg kecil)
3. Tuala mandi 1, tuala muka 1 dan tuala rambut 1.
4. Alatan mandi dan cuci
(ubat dan berus gigi, syampu, sikat rambut, sabun mandi, sabun basuh dll)
5. Kain batik untuk dipakai apabila keluar hospital
6. T-Shirt 
7.. Tudung kepala
8. Pengikat rambut (bagi yang berambut panjang) atau klip rambut.
9. Tuala wanita 1 peket (20 keping).
10. Bakul
11. Termos 1
12. Bekas air 1 (atau air mineral 3 btl besar)
13. Cawan
14. Tupperware
15. Roti putih, biskut tawar, susu tepung untuk ibu yang menyusu

Setelah siap di di 'packing', perlulah diletakkan di dalam kereta
 sehingga hari kelahiran tiba.

Persediaan Si Anak
Semasa hari bersalin (biasanya kita akan berada di hospital
selama 2/3 hari. tp bergantung kepada keadaan Si Ibu dan Si Anak).
Sediakan satu beg kelengkapan berikut untuk dibawa ke hospital
 dan jugak di rumah.

1. Beg Bayi
2. Selimut
3. Baju dan seluar
4. Diapers Newborn size/ saiz S
5. Tuala untuk mengelap tubuh Si Anak 1
6. Tuala basah (wet wipes)
7. Minyak telon/ Yu yee

korang agak2 ade pape lg x yg tertinggal ?...hmm...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...